perghhh, tajuk takle blah kan.adeh.
siapa tahu buku 'reclaim your heart' paham kut apa yg nak diblogkan disini.
ceritanya cenggini, aku tengah study & serabut2 nak kena amek balik exam subjek programming, entah cane boleh terambik buku ni & terrbaca & termenangis & termenulis blog.
so take 5mins (yela tu) jap bukak blog & menulis yeyyy
Tipu la kalau sepanjang umurku ini (hint: umur dah boleh pangkah undi tapi tak sempat.Kbye), aku takde minat kat someone. TIPU SANGAT. K, aku ni jenis tak layan lelaki sebelum ditarbiyyah pun dan alhamdulillah lepas tarbiyyah makin faham dan makin elak.
K sambung balik, aku ada minat someone ni lama nye mak aiii ㅜㅜ Ala, perrkara biasa yang korang2 buat bila minat kan stalk fb si polan, twitter or instagram ke semua lah. Adeh *facepalm*
Karat2 Jahiliyyah masih menebal nauzubillah. Sampai la aku baca satu ayat dalam buku ni,
"Does getting closer to this person that I 'love' bring me closer to-or farther away from-Allah? In a sense, has this person replaced Allah in my heart?"
Banyak kali baca, banyak lah airmata gugur disitu. Yes, bila kita asyik dok fikir sal orang yang kita "suka", kita dah meletakkan Allah bukan lagi yang satu dalam hati kita. Sangat2 betul, walhal Allah yang menjaga hati2 kita.T___T
Sampai la aku fikir, aku tak boleh hidup atas angan2 lagi, cukup lah semua 2 3 tahun lepas. Banyak lah kalau nak cerita satu2 ayat yang memang best & sentap dalam buku ni. So, mulai sekarang aku try dan try privatekan diri, eksklusifkan diri. Kalau dulu, apa2 yang berlaku mesti nak update dekat twitter/instagram huhu Bagi aku, privatekan diri ialah kunci diri, alaa macam private twitter tu. Hanya orang tertentu sahaja boleh access twitter kita bila kita private kan. So, aku fikir aa cam best je privatekan diri, dan hanya terima orang yang benar2 ditakdirkan untuk aku nanti, cewah >.<
So, sekarang ni twiiter&instagram memang hanya untuk perempuan sahaja.
Ni apa yg aku rasa la, lain orang lain pendapat kan.
Satu pesanan penaja dariku,eksklusifkan diri kita wahai wanita sekalian.
Ucapkan sayang cinta pada yang halal. Jangan jual maruah merata-rata dengan mengucapkannya kepada yang belum tentu sah.
Moga bermanfaat!
Selamat malam/pagi/petang!





